BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jenis-jenis E-dagang

E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu diantara perniagaan dan perniagaan dan yang keduanya diantara perniagaan dan pengguna. Jenis e-dagang yang pertama iaitu diantara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi diantara dua atau lebih perniagaan atau syarikat dimana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan,menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.


Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi diantara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.