(Apa kajian yang dilakukan,kenapa kajian dilakukan,bagaimana ia dilaksanakan,apa yg diperolehi dan bagaimana ia memberi makna)
Apa itu logam perak? Logam perak atau argentum ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47.Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.
Masyarakat pada hari ini lebih gemar memilih emas berbanding perak@silver. Ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai harga pasaran logam perak yang semakin hari semakin meningkat dan mendapat sambutan yang mengembirakan.
Bagaimana pula kita hendak memiliki logam perak ini?Logam perak ini biasanya boleh dibeli melalui capaian internet.Kebiasaannya penjual akan memaparkan jualannya didalam blogspot atau dimana-mana sahaja rangkaian yang boleh di capai oleh pengguna lain.
Ternyata logam yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T amat mulia dan memberi keuntungan yang meluas serta telah memberi banyak manfaat kepada pengguna yang lain.Misalnya pada hari ini logam perak ini digunakan untuk dijadikan perhiasan bagi kaum adam mahupun hawa.Selain itu logam perak juga dijadikan mata wang sebagai perniagaan.Ini adalah salah satu contoh mata wang yang digunakan daripada logam perak.
Setelah saya membuat kajian mengenai logam perak ini jelaslah bahawa ia memberi makna untuk kita semua bahawa logam perak ini amat bermakna dan mempunyai peluang perniagaan yang menguntungkan serta meningkatkan lagi kefahaman tentang logam perak.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)".
Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal