Friday, 2 September 2011
Tuesday, 2 August 2011
Monday, 25 July 2011
Kajian Mengenai Perak@Silver
(Apa kajian yang dilakukan,kenapa kajian dilakukan,bagaimana ia dilaksanakan,apa yg diperolehi dan bagaimana ia memberi makna)
Apa itu logam perak? Logam perak atau argentum ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47.Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.
Masyarakat pada hari ini lebih gemar memilih emas berbanding perak@silver. Ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai harga pasaran logam perak yang semakin hari semakin meningkat dan mendapat sambutan yang mengembirakan.
Bagaimana pula kita hendak memiliki logam perak ini?Logam perak ini biasanya boleh dibeli melalui capaian internet.Kebiasaannya penjual akan memaparkan jualannya didalam blogspot atau dimana-mana sahaja rangkaian yang boleh di capai oleh pengguna lain.
Ternyata logam yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T amat mulia dan memberi keuntungan yang meluas serta telah memberi banyak manfaat kepada pengguna yang lain.Misalnya pada hari ini logam perak ini digunakan untuk dijadikan perhiasan bagi kaum adam mahupun hawa.Selain itu logam perak juga dijadikan mata wang sebagai perniagaan.Ini adalah salah satu contoh mata wang yang digunakan daripada logam perak.
Setelah saya membuat kajian mengenai logam perak ini jelaslah bahawa ia memberi makna untuk kita semua bahawa logam perak ini amat bermakna dan mempunyai peluang perniagaan yang menguntungkan serta meningkatkan lagi kefahaman tentang logam perak.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)".
Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Posted by SILVER-PERAK at 08:04 0 comments
Perkakasan Dan Perisian Yang Digunakan Untuk Perdagangan Perak
Perkakasan
- Laptop (compaq presario CQ40)
- Tetikus
- Broadband Maxis
- Telefon
Perisian
- Windows 7
- MQ4 (Insta Trader)
- Google Chrome
Posted by SILVER-PERAK at 05:54 0 comments
Saturday, 9 July 2011
Apa itu perak ?
Perak wujud dalam semulajadi dalam bentuk tulen (perak asli) namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas,(elektrum) atau dalam banyak jenis mineral contohnya argentit dan klorargirit.Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembaga.emas,plumbum dan zink.
Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang lama dianggap sebagai logam berharga (precious metal), perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan,barang kemas,peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling.Pada masa kini,logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) eletrik dan penyambung elektrik. Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam pemangkinan tindak balas kimia. Sebatian perak pula digunakan dalam filem fotografi . Larutan cair argentum nirat dalam sebatian- sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan nyah-jangkit.
Contoh duit syiling yang diperbuat daripada logam perak
Posted by SILVER-PERAK at 00:22 0 comments
Thursday, 7 July 2011
Perdagangan Elektronik Saluran Perniagaan Baru
Perdagangan elektronik juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunaannya iaitu yang terdiri daripada penjual, pembeli, dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit ,pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.
Posted by SILVER-PERAK at 07:56 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)